❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Friday 6 June 2014

5 Peranan Suami Bila Isteri Hamil

Suami tentu sekali antara orang yang paling gembira sebaik sahaja isteri disahkan hamil. Lebih-lebih lagi jika isteri hamil kali pertama. 

Wanita yang memasuki alam hamil akan mengalami beberapa perubahan emosi kesan daripada perubahan hormon yang dilalui. Ada sesetengah suami yang ambil berat cuba untuk membantu, tetapi kadang-kadang bantuan yang dihulurkan tidak kena dengan kemahuan isteri yang kadangkala moody. Isteri juga seharusnya jangan terlalu melayan perasaan. Isteri hamil sebaiknya melawan segala emosi yang tidak bagus sepanjang kehamilan. Kata orang dulu-dulu, nanti boleh jadi bawaan kepada anak dalam perut.

Berikut ada beberapa tips yang boleh suami lakukan sebaik sahaja isteri disahkan hamil.

 

Cari Ilmu Tentang Kehamilan

Suami yang bijak dan bertanggungjawab ialah suami yang inginkan yang terbaik buat isteri. Oleh itu, kenali isteri anda yang sedang hamil dengan mencari ilmu. Sekarang mudah saja, tidak perlu ke kedai buku. Tanya saja pakcik Google. 

Penting untuk anda mencari ilmu kerana perubahan fizikal dan emosi wanita hamil kadang kala mencabar kesabaran seorang suami. Mual, sensitif, serba tidak kena, keletihan, alah dengan perkara-perkara tertentu adalah simptom biasa wanita hamil. Jika suami cukup ilmu tentang kehamilan, sudah tentu suami akan faham dan tidak mudah melenting melihat perubahan isteri.
 

Jaga Pemakanan Isteri

Jika anda nak tahu, para suami kaum Yahudi sangat mementingkan pemakanan isteri mereka yang sedang hamil. Mereka yakin makanan yang akan menjadi darah daging perlu datang daripada sumber terbaik supaya menghasilkan anak yang bijak, genius dan hebat


Ketika hamil, isteri akan berasa loya dan tidak lalu dengan makanan-makanan tertentu. Suami boleh sediakan atau dapatkan makanan yang isteri mahukan. Namun, pastikan makanan yang diminta makanan yang sihat. Elakkan mengambil makanan segera atau makanan yang perlu dielakkan oleh wanita hamil.

 
Ringan Tulang
 
Saat inilah suami boleh tunjukkan kehebatan menjaga rumah tangga. Rumah yang biasanya berkemas mugkin sedikit bersepah akibat isteri yang mudah letih dan mengah. Suami boleh turut membantu vacuum, mengemop atau mencuci tandas tanpa perlu disuruh isteri.

Jika anda sudah miliki cahaya mata lain, mungkin anda boleh bantu dengan menjaga mereka, tidurkan dan lengkapi keperluan anak tadi.

 

Elak Tekanan

Tekanan yang tinggi boleh memberi kesan kepada kesihatan isteri hamil dan juga bayi dalam kandungan. Kerana itu, elakkan memberi tekanan kepada isteri anda.

Cuba untuk lebih berlembut sekiranya anda berdua mempunyai masalah dan selesaikan dengan cara yang bijak.

 

Temani Isteri Berjumpa Doktor

Keprihatinan suami menemani isteri berjumpa doktor setiap kali rawatan sangat memberi makna kepada isteri. Isteri akan berasa sangat disayangi sekiranya anda menemani mereka. 

Bayangkan isteri dalam keadaan mual atau perut yang semakin sarat terpaksa memandu sendirian. Adalah lebih baik suami meminta cuti setengah hari atau seharian bagi menemani isteri ke klinik. Pastinya kasih sayang kalian semakin menebal.
 
 
Sebenarnya masih terdapat peranan lain yang boleh suami lakukan sepanjang kehamilan isteri. Dan kebiasaannya latihan 9 bulan membuatkan suami lebih bertanggungjawab dan semakin bijak melaksanakan tugasan sebagai bapa dan suami. Latihan ini juga sebagai persediaan untuk anda berperanan sebagai bapa kelak.

 

Wanita Hamil Yang Sering Loya

Loya dan wanita hamil memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang berakhir apabila memasuki trimester kedua. Ada yang sehingga 9 bulan masih lagi loya dan perut berangin.

Suami yang prihatin adalah suami yang sedar keperluan isteri dan bertindak. Hadiahkan Peppermint Ginger buat isteri anda dan legakan tekaknya dengan rendaman peppermint ginger atau telan begitu sahaja. Angin yang sentiasa berpusing-pusing dalam perut isteri akan beransur reda.

Shaklee juga menawarkan Set Mengandung Shaklee khas buat isteri-isteri yang sedang hamil.  Set ini menyediakan keperluan menyeluruh daripada keperluan asid folik, vitamin C, kalsium, vitamin yang menaikkan HB wanita hamil dan juga keperluan minyak ikan untuk pembinaan sel otak bayi yang lebih mantap.
 
Set Mengandung Shaklee telah banyak membantu wanita hamil untuk bergerak lebih aktif dan lalui fasa kehamilan dengan lebih sihat dan menyeronokkan. Bayi yang lahir juga in shaa Allah sihat, putih gebu dan bijak.
 
Credit: http://jomsihatjomgojes.blogspot.com
 
* DISCLAIMER: Segala perkongsian mengenai produk dan testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menganalisa sebarang masalah kesihatan anda. Sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu untuk penyakit-penyakit kritikal yang memerlukan rawatan rapi.

NEVER TRY, NEVER KNOW..

***********************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp : 016-8425632
PM :
www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

" Ingin menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Billionaire Group di Facebook "

No comments:

Post a Comment