❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Friday 6 December 2013

PENTING !!!!!

MAKANAN SEIMBANG SANGAT PENTING UNTUK PERTUMBUHAN JANIN DI DALAM KANDUNGAN.

☞ Zat Makanan

  • Apabila wanita muda hamil, pertambahan berat badan adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram.
  • Pada minggu ke-20, berat badan naik sebanyak lebih kurang 3 - 5 kilogram, dan pada minggu ke-20 terakhir, berat akan naik sebanyak 9 - 11 kilogram.
  • Namun begitu, sesetengah wanita mengalami berat badan yang kurang dan sesetengahnya terlebih (berat badan berlebihan).
  • Ikutilah pandangan doktor anda.
 ☞ Makanan Tambahan Yang Perlu

1. Protein

  • Cth; Daging, susu, keju, ikan, telur, biji-bijian, tauhu atau tempe.
  • Tambahan protein penting untuk pembentukan otot, kulit, rambut dan kuku.

2. Kalsium

  • Cth; Susu, biji-bijian, kacang dan sayuran.
  • Kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi. Jika janin tidak mendapat kalsium yang mencukupi, dia akan memperolehinya daripada tulang si ibu.
  • Ini boleh menyebabkan ibu kekurangan kalsium. Gejala bakal timbul; gigi rosak dan hilang, sakit tulang belakang.
  • Susu mempunyai protein, lemak, kalsium, fosfat, zat besi, sodium, potassium serta vitamin C.
  • Oleh itu, untuk mendapat nilai terbaik daripada susu, PILIHLAH susu segar atau susu tepung yang tidak berkrim.

* Susu pekat TIDAK SESUAI kerana proteinnya sedikit sahaja.

3. Kalori

  • Cth; Nasi, mee, roti
  • A piece of advice : Di akhir peringkat kehamilan, makanan yang kaya dengan kanji seperti nasi, tidak perlu terlalu banyak kerana nilai zatnya rendah.
  • Lebihkan makanan banyak protein, vitamin dan mineral.

4. Vitamin

  • Vitamin diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh si ibu.
  • Vitamin A : kuning telur, susu, hati, sayuran, buah-buahan berwarna hijau dan kuning kemerahan.
  • Vitamin B Kompleks : Kekacang
  • Vitamin C : sayur-sayuran dan buah-buahan.





No comments:

Post a Comment