❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Friday 6 December 2013

Pemakanan Sihat Bagi Ibu Hamil


Sejak 2 menjak ni ramai betul kawan2 yang hamil. gembira saya untuk mereka. tapi seperti yang kita tahu, ibu hamil ni banyak yang kena jaga. pemakanan, pergerakkan dan lain lain. Adakalanya ibu hamil mengabaikan cara pemakanan yang mereka ambil. 

Pemakanan yang baik adalah penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan. Perkara utama yang perlu dibeli penekanan adalah pengambilan makanan untuk diet seimbang setiap hari. 

Dibawah ini adalah contoh beberapa pilihan makanan yang berkhasiat yang sesuai di ambil oleh ibu hamil :

1. BROKOLI

Nyum nyum nyum sedapnya.. sayur kegemaran saya. Ok..kebaikkan brokoli adalah kaya dengan vitamin A, vitamin C dan sangat kaya dengan kalsium. Pengambilan brokoli yang kerap dapat membantu sistem imun badan dan kekuatan tulang yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

2. AVOKADO

Buah avokado ni sangat kaya dengan pelbagai vitamin.antaranya seperti B6, Vitamin C dan kalsium yang penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Ia juga sangat baik untuk melancarkan saluran pencernaan ibu hamil dan ini boleh membantu mengelakkan sembelit. Ia sangat sedap dijadikan jus minuman utk sarapan pagi.

3. KEKACANG

Kekacang sangat baik kerana mengandungi banyak kandungan mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium. Ia baik untuk mengelakkan ibu hamil daripada kekejangan anggota badan. 

4. KURMA DAN MADU

Kurma ini adalah makanan berasaskan sunnah Rasulullah SAW. Ia sangat kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi dan memberikan tenaga yang optimum kepada ibu hamil.Ia melancarkan perjalanan darah kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi.

5. LOBAK MERAH
 

Lobak merah atau carrot ini sangat kaya dengan vitamin A yang mana ianya sangat sangat baik untuk pertumbuhan mata, tulang dan gigi yang sihat kepada bayi. Ia boleh dimakan mentah dan juga sangat lazat untuk dijadikan jus atau sup. 

6.TELUR



Telur sangat kaya dengan khasiat seperti vitamin, mineral dan choline. Sebutir telur besar mengandungi 251 miligram choline. Choline adalah salah satu nutrisi penting untuk ibu hamil sebagai pembentukkan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi. 

7. IKAN SALMON

Ikan salmom sangat berprotein tinggi. Ia juga mempunyai sumber omega-3 yang tinggi. Omega-3 adalah lemak penting yang diperlukan untuk pertumbuhan sel otak dan kecerdasan bayi. 

Jadi ibu ibu hamil semua.. boleh la mencuba makan makanan berkhasiat ni demi menjaga kesihatan anak dan diri sendiri.. 

Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia,
Catherine | SID: 944001 | WhatsApp: 016-8425632

No comments:

Post a Comment