❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Monday 13 July 2015

Imunisasi untuk bayi.. Baby Ellie dah 3 bulan!

Hari ni appointment baby Ellie dgn nurse di Klinik Ibu dan Anak.. Ellie dah berusia 3 bulan so kena cucuk jarum lagi lah.. Kesian baby Ellie tiap bulan kena cucuk jarum.. Tapi demi kesihatan jamgka masa panjang, imunisasi ni perlu diambil..

Imunisasi adalah satu proses memberi vaksin kepada bayi yang baru lahir bertujuan untuk mencegah penyakit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.




Imunisasi ni boleh elakkan penyakit seperti Tuberculois (TB), Hepatitis B, Diphteria, Tetanus (Kancing Gigi), Pertussis (Batuk Kokol), Polio, Haemophilus Influenza Jenis B (Hib), Campak, Mumpd (Beguk), Rubella (German Measles) Biasanya selepas disuntik sesetengah bayi akan demam kesan sampingan dari suntikan imunisasi tu..

Syukur selepas disuntik sebelum ni baby Ellie xdemam teruk.. Cuma terasa macam panas sikit badannya..

 Ni saya bagi beberapa tips utk atasi atau kurangkan demam bayi..

>> Cara yang paling utama adalah dengan memberi susu ibu. Sebab susu ibu ada zat yang dapat mengurangi suhu badan.
>> Dakapan juga sangat membantu bagi bayi untuk merasa selesa selepas disuntik.
>> Pakaikan bayi dengan baju yang mudah menyerap peluh. Jangan bedung bayi dengan selimut yang tebal.
>> Pedap dengan air suam tempat yang disuntik. Kadang-kadang tempat suntikan akan bengkak sedikit.
>> Urut badan bayi. Selepas disuntik bayi tidak selesa. Oleh itu, urutan dapat membantu.

Sebelum ni baby Ellie ada menangis bila disuntik.. Tapi tadi waktu disuntik, baby Ellie tak menangis ya.. hehe..Hebat anak mama ni..

 Nanti bulan depan baby Ellie kena suntik lagi 10hb8..

No comments:

Post a Comment