❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Monday 10 February 2014

Penyakit Cacar Air (Chicken Pox)

Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti yang disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.

Pengidap Cacar Air (Chicken Pox) boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada masa hadapan (umur dewasa).


Tanda dan Gejala Cacar Air (Chicken Pox):


Demam dengan bintik-bintik merah pada kulit.

  • Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh.
  • Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan cacar air berlaku.
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air.
  • Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping.
  • Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Sakit perut
Tiada selera makan
Sakit kepala
Rasa tidak selesa, letih dan terganggu
Batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul

Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi
 Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Komplikasi akibat cacar air :

Jangkitan kulit – menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
Radang sendi – sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
Jangkitan paru-paru (pneumonia) – tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan Cacar Air (Chicken Pox)

Acyclovir atau immuno globulin.
Berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti.
Dapatmengurangkan keterukan dan komplikasi akibat cacar air.
Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral pada peringkat awal penyakit terutamanya mereka yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV/AIDS serta rawatan steroid).

Rawatan di rumah

Sapu losyen calamine
Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
Panadol untuk demam

Pencegahan Cacar Air (Chicken Pox)

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan.
Pemberian pelalian Mengikut umur:
  • Bawah umur 13 tahun - 1 dos
  • Atas umur 13 tahun - 2 dos (selang masa 4 – 8 minggu antara dos 1 dengan dos 2)
Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1 – 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada cacar air.

Sumber: http://melayukini.nethttp://www.myhealth.gov.myhttp://www.babycenter.com.my

Anda pernah kena cacar air? Parut tak pandai hilang?
VITA-E boleh membantu anda.. 
Testimoni Vita E hilangkan parut chicken pox.

NEVER TRY, NEVER KNOW..

*************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp/WeChat : 016-8425632
PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

No comments:

Post a Comment