❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Thursday 6 February 2014


Apa itu pendarahan faraj yang luar biasa?


1. Pendarahan dari faraj yang bukan kedatangan darah haid (contoh):
    ☞ Pendarahan yang banyak
    ☞ Pendarahan yang berpanjangan (lama)
    ☞ Berkait dengan kesakitan
    ☞ Pendarahan bercampur darah beku (berketul)

2. Jika anda mengalami episod pendarahan, tanyakan diri :
    ☞ Adakah saya mengandung? 
    ☞ Apakah corak pendarahan? 
  • Jangkamasa
  • Adakah darah beku (darah berketul ketul)
  • Sakit
  • Jumlah tuala wanita yang dipakai
Apakah sebab sebab ia berlaku?

1. Jika anda di usia yang boleh melahirkan anak (reproductive) :
    ☞ Pil perancang keluarga dan suntikan (pendarahan di antara jangkamasa haid)
    ☞ Jangkitan kuman
    ☞ Keguguran atau masalah semasa mengandung
    ☞ Ketumbuhan dalam rahim (fibroid)
    ☞ Ketumbuhan ovari (telur)
    ☞ Endometriosis (pengaliran balik darah haid ke saluran fallopian)
    ☞ Dysfunctional uterine bleeding (DUB)(gangguan fungsi rahim)
    ☞ Barah ovari (telur)

2. Jika anda telah putus haid (menopause) :
    ☞ Endometrial cancer (Barah rahim)
    ☞ Cancer of ovaries (barah kilang telur)
    ☞ Barah pangkal rahim, faraj atau 'vulva'

3. Lain-lain :
    ☞ kecederaan faraj atau organ peranakan semasa dirogol atau pembedahan
    ☞ Gangguan pendarahan yang mengakibatkan sistem seluruh badan iaitu penyakit leukaemia dan masalah pembekuan darah (clotting system)


SOALAN LAZIM

Apa itu pendarahan faraj yang biasa (haid)?

    ✿ Keluaran darah dari rahim melalui faraj mengikut pusingan tertentu setiap bulan. Ia juga dikenali sebagai menorrhea.
    ✿ Kebanyakan haid berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan berakhir antara 2 dan 7 hari bagi satu pusingan. Purata kehilangan darah adalah di antara 20 hingga 60 mililiter.

Apakah sebab sebab pendarahan faraj semasa di awal kehamilan?

    ✿ Pendarahan dari faraj yang berlaku semasa kandungan berusia awal 22 minggu adalah disebabkan :

    ☞ Kecederaan
  • Jatuh
  • Hentakan terus/tepat ke perut
    ☞ Bukan kecedearaan
  • Keguguran 
  • Mengandung di luar rahim (ectopic pregnancy)
  • Mengandung anggur (molar pregnancy)

Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil?

Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan dan pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan dan disebabkan oleh:


Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali, sekitar waktu anda biasanya datang haid semasa anda belum hamil.
Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Jenis pendarahan ringan ini biasanya berlaku selama satu atau dua hari.


Untuk atasi keguguran, boleh try ESP utk kuatkan rahim atau SET KEHAMILAN..

*************************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp/WeChat : 016-8425632
PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com 

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

No comments:

Post a Comment