❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Monday 3 February 2014

Ayuh Kembali Langsing Mama !!


Kerisauan biasa ibu selepas bersalin adalah untuk mendapatkan kembali badan langsing. Kadang kala hati  jadi cemburu melihat ada teman yang masuk kerja selepas bersalin dengan bentuk badan asal seolah-olah tidak mengandung sebelum ini. Apa rahsianya?

Mungkin ada sesetengah wanita dikurniakan kelebihan mudah menurunkan berat badan yang bertambah sepanjang kehamilan.  Tetapi ada pula wanita yang sudah setahun melahirkan anak masih lagi kekal dengan bentuk badan seperti zaman mengandung.

Bukannya malang! Tetapi mungkin kadar metabolisme wanita tersebut yang agak rendah menyebabkan kesukaran untuk kembali langsing. Mungkin juga faktor tidak mengambil berat tentang kaedah terbaik mendapatkan kembali badan sebelum hamil.

Tip berikut boleh dijadikan panduan bagi yang prihatin terhadap bentuk badan selepas bersalin:

1. Ambil herba tradisional
Umum mengetahui kehebatan khasiat herba tradisional yang membantu menstruktur kembali organ dalaman yang terjejas dalam proses melahirkan anak. Perawatan secara semulajadi ini mengambil masa tetapi meninggalkan kesan berpanjangan. Antara herba terkenal khusus untuk ibu lepas bersalin seperti daun sireh, manjakani, temulawak dan pelbagai lagi.

2. Menyusukan bayi secara eksklusif
Mudah dan percuma. Satu lagi kaedah mudah membakar kalori dengan pantas dan menurunkan jumlah berat badan dengan banyak sepanjang tempoh berpantang.

3. Bengkung
Amalan memakai bengkung memang sudah terbukti. Buat perbezaan di antara ibu selepas bersalin yang mengamalkan pemakaian bengkung dan yang tidak langsung berbengkung. Pasti anda dapat melihat bagaimana rampingnya ukuran pinggang dan kempisnya perut mereka. Jadi jangan malas berbengkung sepanjang berpantang!

4. Makan berkhasiat
Jangan degil untuk berpantang makan. Bukan bermaksud ibu hanya makan ikan kering sepanjang tempoh berpantang tetapi amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat yang mampu memberi tenaga tetapi tidak menggemukkan.

5. Kembali bersenam
Rajinkan diri melakukan senaman ringan. Ada beberapa jenis gerakan senaman yang boleh dilakukan bagi membantu proses membakar lemak yang berkumpul. Selepas habis tempoh berpantang, anda boleh buat senaman berjalan di taman reakreasi sambil menolak stroller bayi. Selain dapat menghirup udara segar, ia dapat mengeluarkan peluh dari badan.
Sumber: pama.karangkraf.com

6. Dapatkan set slimming shaklee
Set slimming shaklee mengandungi 3 produk iaitu ESP, lecithin, alfalfa. ESP untuk menghilangkan strecthmark, rasa kenyang, bertenaga sepanjang hari. Manakala lecithin untuk pecah, hurai dan bakar lemak dan kolestrol degil dalam badan. Alfalfa sebagai detoks semulajadi yang membantu pelawasan sistem penghadaman secara lembut dan sangat bagus untuk cuci dalaman badan dan buang toksik dalam badan. Alfalfa juga merupakan milkbooster dimana ia merangsang dan menambah pengeluaran susu ibu..




NEVER TRY, NEVER KNOW..

*********************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp/WeChat : 016-8425632
PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

No comments:

Post a Comment