❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Tuesday 4 February 2014

Penyakit Talasemia Dan Shaklee

" Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah. "

Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit, iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Jenis-jenis Talasemia
Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu
  • Pembawa gen talasemia (Talasemia minor)
  • Pesakit talasemia (Talasemia major)
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
Manakala pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan

Tanda dan gejala termasuk:
  • Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka
Bagaimana gen Talasemia diturunkan kepada anak?
Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa
Contoh: Jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi.


Rawatan untuk pesakit Talasemia
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan. Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.
Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.
Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga ada dijalankan.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Sumber: http://www.kakjah.com

PERINGATAN!!!
VITALEA &ALFAFA TIDAK DIGALAKKAN UNTUK PESAKIT TALASEMIA


Vitamin Shaklee yang dapat membantu anda lebih sihat dan cergas?

Energizing Soy Protein - Disarankan kerana protein membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.
Vitamin B Complex - Membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. Ia juga mengandungi rangkaian vitamin B yang mampu mengurangkan tekanan dan stress. Ianya juga membantu tubuh dalam melawan penyakit.
Ostematrix - Ia lengkap dgn Magnesium dan vitamin D dimana membantu dalam pengawalan denyutan jantung supaya seimbang. Selain itu, ia juga antara vitamin yang membantu meningkatkan tenaga
Vitamin E - Juga baik sebagai antioxidan yang tinggi membantu melindungi sel darah merah dan mencairkan darah. Tetapi jika penghidap mengambil ubat seperti Warfarin atau Coumadin anda dinasihatkan memberitahu doktor pakar anda supaya dos yang diambil itu dikurangkan.
Sumber: http://www.kakjah.comhttp://vitaminonlineshop.blogspot.com


NEVER TRY, NEVER KNOW..

*********************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp/WeChat : 016-8425632
PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

No comments:

Post a Comment