❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Sunday 16 March 2014

Senggugut dan Cara Mengatasinya

Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Saya masih ingat pertama kali saya kena senggugut masa umur 19 tahun. Perut sangat sakit time tu. Nak jalan pun pening, pitam. Tapi sakit tu datang dalam sejam macam tu ja. Ok la sakit sekejap ja.

Pernah sekali tu senggugut datang time tengah sibuk jawab soalan test. Sampai tangan pun bergetar nak menulis. Tulisan cantik pun jadi tulisan cakar ayam. Hehehe.. Perasan tulisan cantik. Nasib la test tu calculation punya.

 Apakah itu sebenarnya Senggugut? 

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea".  

Terdapat dua jenis senggugut

1. Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. 
Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. 
Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.


2. Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. 
Sebab-sebab:

  • Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  • Cyst Ovari dan tumor
  • Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  • Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Tanda-tanda

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di bawah:
 Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.   
  • Senggugut primer: Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin. 
  • Senggugut sekunder: Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
      • Haid yang tidak tetap
      • Kesakitan antara haid
      • Pendarahan yang bertamban banyak
      • Lelihan dari faraj
      • Kesakitan ketika melakukan seks
Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang.
Loya dan muntah, cirit-birit.


Credit: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Bolehkah senggugut dicegah?

Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit. Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji. Saya sendiri pun tak ambi ubat tu walaupun saya ada senggugut.

Cara lain mencegah senggugut adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.

  • Perbaiki diet: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam
  • Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu: Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif: Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran: Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut: Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda. Saya biasa guna botol air. Hehehe..
  • Tarik nafas dalam-dalam: Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Credit: MyChibiBox



Produk Shaklee yang dicadangkan


Shaklee OsteMatrix adalah gabungan calcium+magnesium+vitamin D yang anda boleh ambil untuk mencegah dan mengelakkan senggugut. Pengambilannya dapat mengawal kontraksi otot uterus

* DISCLAIMER: Segala perkongsian mengenai produk dan testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menganalisa sebarang masalah kesihatan anda. Sekiranya anda ada masalah kesihatan, mohon berjumpa dengan doktor bertauliah.

NEVER TRY, NEVER KNOW..

*********************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp : 016-8425632 PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

No comments:

Post a Comment