❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Monday 3 February 2014

Apa itu sembelit dan penyelesaian

Apa itu sembelit?

Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.


Gambar menunjukkan udara (dalam bulatan) dalam usus yang terkumpul akibat tidak dapat keluar daripada usus. Pengumpulan gas ini adalah akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.

Punca Sembelit

  • Kurang minum air - Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir).
  • Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah - Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).
  • Tidak bersukan – Bersukan juga boleh mengelakkan masalah sembelit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.
  • Terdapat segolongan masyarakat yang menghidap masalah usus sensitif (Irritable bowel syndrome) yang menyebabkan berlakunya masalah sembelit dan cirit birit yang silih berganti dan masalah ini berlaku dalam tempoh yang panjang (penyakit kronik). Dikatakan penyakit ini adalah berpunca daripada jangkitan usus oleh bakteria, menyebabkan usus menghadapi trauma, menyebabkan ia berada dalam keadaan sensitif selepas sembuh daripada jangkitan tersebut.
  • Umur yang lanjut - faktor berlakunya masalah sembelit.
  • Pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan - Biasanya pesakit mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit.
  • Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.
Selain masalah masalah umum yang biasa kita jumpa di atas, terdapat masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah sembelit. Antaranya ialah:
  • Luka pada lubang dubur
  • Rektum runtuh
  • Terdapatnya kanser pada rektum
  • Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)
  • Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)
  • Radang divertikulum
Perubahan metabolik badan juga boleh menyebabkan sembelit:
  • Paras kalsium tinggi dalam darah
  • Paras kalium rendah dalam darah
  • Paras hormon thyroid yang rendah dalam darah
  • Penyakit porphyria (kandungan porphyrin yang tinggi dalam darah) - menyebabkan muntah dan sembelit
  • Keracunan oleh plumbum
Masalah pada saraf juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya termasuk:
  • Kecederaan pada tulang belakang atau pada saraf periferi
  • Penyakit usus akhir besar (mega-kolon, Hirschsprung)
  • Systemic Sclerosis (CREST) C untuk Calcinosis, C untuk Constipation
  • Penyakit neuropati (sakit saraf) akibat kencing manis, menjejaskan saraf autonomi yang mengawal aktiviti usus.
Sumber: blog.kesihatanonline.com

Cara menyelesaikan masalah sembelit


Sumber: doktersehat.com



  • Mengambil air dengan secukupnya, 2.5 liter sehari
  • Bersukan
  • Makan sayuran dan buahan
  • Perlu mengelakkan stres kerana stres merupakan satu faktor yang menyebabkan sembelit. 


  • Sumber: blog.kesihatanonline.com

    OSTEMATIX VS SEMBELIT


    ✿ Ostematrix membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar.
    ✿ Gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat malet, magnesium, Vitamin D serta banyak lagi pada kadar yang seimbang dan bersesuaian dgn keperluan badan kita.
    ✿ Kehadiran Magnesium adalah nutrien yang bersifat laksatif, jika liat untuk mengambil kekacang, biji-bijian atau sayur berdaun hijau gelap, suplemen magnesium boleh membantu.
    ✿ Gabungan ini amat membantu sistem pelawasan dan memudahkan kita membuang..

    NEVER TRY, NEVER KNOW..

    ****************************************************

    Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

    Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp/WeChat : 016-8425632
    PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
    Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

    OR

    Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

    No comments:

    Post a Comment