APAKAH PENYAKIT PANAU?
-
Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia.
- Biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak
penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka
dan kulit kepala.
- Kulat jenis Malassezia ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
BAGAIMANA RUPA PENYAKIT PANAU?
Bahagian-bahagian badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya
dengan sebum seperti:
- Bahagian dada
- Belakang badan
- Lengan
- Leher
PANAU adalah tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau
gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok
ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala bercantum menyebabkan
permukaan yang terlibat lebih luas. Sesetengah pesakit berasa gatal
pada bahagian yang terlibat. Ada juga pesakit-pesakit yang kurang senang
dengan tompok-tompok yang ketara pada kulit.
Gambar-gambar berikut menunjukkan kepelbagaian warna pada tompok-tompok panau.
SIAPA YANG MENDAPAT PANAU?
-
Panau boleh berlaku pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia
lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia.
- Pesakit yang
kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid
sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau.
- Pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.
ADAKAH PANAU ITU BERJANGKIT?
Tidak. Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan apa-apa masalah.
ADAKAH PANAU ITU KERAP?
Panau kerap berlaku di kawasan tropika dengan insiden setinggi 40%.
BAGAIMANA PANAU DIRAWAT?
Panau boleh dirawat dengan dua kaedah iaitu ubat sapu atau ubat
makan/sistemik.
[Source: http://www.myhealth.gov.my]
SUPPLEMENT SHAKLEE dalam merawat panau :
ღ ESP - ESP kaya dengan protien yang penting untuk membina sel-sel yang sihat
ღ Herb-Lax - membantu tubuh untuk detoksifikasi
ღ Garlic - mengandungi bahan semulajadi melawan fungus dan kulat
ღ Vitamin C - membantu tubuh melawan infeksi kulat
ღ Zinc Complex - menghalang fungus dan meransang sistem imun
ღ Alfalfa - bersifat anti kulat bagi melawan jangkitan
*********************************************
NEVER TRY, NEVER KNOW..