❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Friday 17 October 2014

Masalah Keputihan Wanita

Siapa ada masalah keputihan di sini? Hehe.. Saya sendiri pun ada masalah keputihan.. Tapi masih dalam zone selamat lah.. Hehe.. Walaupun masih dalam zone selamat, tapi tak selesa juga kan.. Ok, jom kita tengok lebih lanjut pasal keputihan ni..
Apakah itu penyakit keputihan?
Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita. Maslah ini sering dihadapi oleh kebanyakan wanita terutama mereka yang sudah berkahwin. Ramai wanita tidak sedar terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Keputihan yang serius perlu dirawat.  
Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1. Keputihan fisiologis - biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.  Keputihan jenis ini merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini.
2.  Keputihan patologik - bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan ini disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.

Perbezaan antara kedua-dua jenis keputihan.. 

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk
Lendir yang cair dan tidak melekat
Lendir yang kental dan melekat
Warna
Berwarna putih atau krim
Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau
Tiada bau
Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan
Sedikit
Banyak
Kekerapan
Semasa subur dan sebelum haid
Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain
Tidak gatal
Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan
Tidak perlu
Perlu rawatan yang segera 
Bagaimana keputihan berlaku?

  1. Faktor Kebersihan
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

  1. Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh perembesan hormon estrogen, pengambilan ubat, tekanan dan gangguan emosi, dan pengambilan pil perancang keluarga.

  1. Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

  1. Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.  sumber

Ramai wanita terutama yang masih muda atau yang belum kahwin menggunakan produk pencuci bahagian intim. Saya sendiri pun pernah menggunakan produk-produk tersebut. Tetapi selepas berkahwin dan ada masalah keputihan mulalah mencari info pasal penyakit ni.. dan kebanyakan artikel menyatakan bahawa penggunaan produk pencuci boleh mengubah persekitaran yang berasid dimana keadaan yang berasid ini penting untuk melindungi faraj daripada jangkitan kuman.

Penyakit keputihan yang teruk adalah BAHAYA! Ia menyebabkan:
- Kemandulan
-Kehamilan di luar rahim
- Kanser rahim
- Kematian ibu dan bayi bagi mereka yang hamil

Cara RawatanKeputihan
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Langkah pencegahan daripada penyakit keputihan adalah :
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
-  Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
-  Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja.
- Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
- Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Selain itu vitamin Shaklee juga mampu membantu anda mengatasi masalah keputihan ini. Vitamin itu tidak lain tidak bukan iaitu Alfalfa.
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa ni mempunyai sifat antikulat..

Jom baca testimoni rakan saya yang telah bebas daripada belengu keputihan!






* DISCLAIMER: Segala perkongsian mengenai produk dan testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menganalisa sebarang masalah kesihatan anda. Sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu untuk penyakit-penyakit kritikal yang memerlukan rawatan rapi.

NEVER TRY, NEVER KNOW..

***********************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp : 016-8425632
PM :
www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

" Ingin menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Billionaire Group di Facebook "

No comments:

Post a Comment