❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Wednesday 6 August 2014

5 Makanan Terbaik untuk Diet

Ramai percaya dalam usaha menurunkan berat badan maka perkara utama yang harus dilakukan adalah mengurangkan pengambilan makanan. 

Namun faktanya, menurunkan berat badan bukanlah bermakna menahan nafsu makan kerana jika anda makan seperti biasa pun mampu membakar kalori di tubuh.

Bagaimana??

Kerana banyak makanan yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap metabolisme sekali gus membakar lemak-lemak yang terkumpul..



Di sini saya senaraikan beberapa makanan yang membantu mempercepatkan penurunan berat badan. Antaranya adalah:  

Beras Perang
- Tukar menu anda kepada beras perang dan elakkan dari mengambil nasi putih.
- Antara vitamin dan bahan mineral yang terdapat di dalamnya: Vitamin E, B, magnesium, zat besi dan lemak.
- TAHUKAH ANDA?? Beras perang mampu mengelakkan rasa lapar, meningkatkan fungsi usus dan tahap metabolisme.

Kekacang
- Contohnya: Walnut dan badam
- Mengandungi lemak sihat yang membantu untuk membakar lemak tepu sekali gus mempercepatkan proses metabolisme tubuh.
- Kekacang juga membuatkan perut berasa kenyang lebih lama malah sesuai dijadikan makanan kudap-kudapan.

Oat
- Merupakan salah satu sarapan yang cukup ideal diambil bagi menurunkan berat badan.
- Oat memerlukan masa yang lebih lama untuk dicerna hingga mampu menjaga paras gula dalam darah serta insulin pada tubuh.
- Memberikan rasa kenyang yang lebih lama selain membantu membakar lemak.

Teh Hijau
- Cukup terkenal sebagai minuman yang mampu memberi kesihatan kepada tubuh badan.
- Kajian mengatakan teh hijau tidak mampu membakar lemak namun bahan antioksidan yang dikenali sebagai EGCH di dalamnya dikatakn boleh membantu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya membakar lemak.
- Oleh itu ia amat sesuai diambil sekiranya anda ingin membakar kalori dengan lebih banyak lagi.

Yogurt Rendah Lemak
- Prosuk tenusu rendah lemak seperti yogurt mampu menurunkan berat badan.
- Ia membantu mengenyangkan perut lebih lama selain memberi bekalan tenaga tambahan yang diperlukan selepas melakukan aktiviti sehari-hari.

Itu adalah antara 5 makanan terbaik untuk diet anda. Sekiranya anda inginkan supplement untuk membantu menurunkan berat badan anda, SET SLIMMING Shaklee juga sedia membantu anda..

JANGAN LUPA, lakukan senaman secara teratur sekalipun bukan dalam tempoh waktu yang lama.

INGAT, amalan gaya hidup sihat + pola pemakanan + bersenam = tubuh lebih CERGAS dan NIKMAT


* DISCLAIMER: Segala perkongsian mengenai produk dan testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menganalisa sebarang masalah kesihatan anda. Sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu untuk penyakit-penyakit kritikal yang memerlukan rawatan rapi.

NEVER TRY, NEVER KNOW..

***********************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp : 016-8425632
PM :
www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik
Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

1 comment:

  1. Hi cath..info menarik =)
    Jom singgah d blog nad www.dhiyavitamins.com

    ReplyDelete