❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Tuesday 10 June 2014

Cuaca Panas: Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

- Anda Perlu :
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.
Hadkan aktiviti luar.
Kerap berehat.
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar.

- Elakkan:
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas.

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
Keluar dari kawasan yang panas.
Tanggalkan pakaian yang ketat.
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
Minum air setiap 15 minit.
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.

Stay hydrate!!!

"Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh." -----> CUBALAH PERFORMANCE DRINK SHAKLEE!!!


Meminimunkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan, kurang rasa haus.
Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium(tiada pada minuman isotonik jenis lain).
Menstabilkan paras glukosa dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.

Sumber:
* MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
* Bahagian Pendidikan Kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 


* DISCLAIMER: Segala perkongsian mengenai produk dan testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menganalisa sebarang masalah kesihatan anda. Sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu untuk penyakit-penyakit kritikal yang memerlukan rawatan rapi.

NEVER TRY, NEVER KNOW..

***********************************************

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp : 016-8425632
PM :
www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik 

Email: mynutrisisihatcantik@gmail.com 
FB Page: Nutrisi Sihat & Cantik 

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

" Ingin menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Billionaire Group di Facebook "

No comments:

Post a Comment