❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Wednesday 9 April 2014

Tips Atasi Ragam Bayi Tumbuh Gigi

Pertumbuhan gigi bukan suatu tahap perkembangan yang dicapai oleh bayi sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan mengambil masa tiga tahun pertama anak anda.

Perjalanan itu bermula dari dalam rahim lagi. Ketika anda mengandung, kudup gigi bayi anda telah berkembang. Ini ialah asas bagi gigi bayi (juga dikenali sebagai gigi susu). Kudup-kudup itu akan menembusi permukaan gusi di antara usia tiga bulan dan 12 bulan. 


Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet si kecil mula merangkumi makanan pejal.
 
Gigi di bawah bahagian tengah adalah gigi pertama yang biasanya keluar dahulu. Setelah itu diikuti gigi tengah atas, lalu secara perlahan atau cepat (bergantung pada anak) muncullah gigi lain.

Lazimnya gigi pertama muncul antara usia empat hingga tujuh bulan. American Academy of Pediatrics menunjukkan tanda-tanda bayi sedang mengalami tumbuh gigi.
Meragam, menangis dan lekas marah
Demam rendah
Banyak mengeluarkan air liur
Suka menggigit dan mengunyah objek yang dipegang
Bengkak
Sering memasukkan jari ke dalam mulut

Gigi susu berfungsi penting dalam mempengaruhi keadaan dan kelancaran pertumbuhan gigi kekal kelak. Ia berfungsi mengunyah makanan, sekali gus membantu perkembangan tulang dan otot rahang, membantu proses perkembangan percakapan kanak-kanak dan membuka ruang untuk pertumbuhan gigi kekal.

Tip redakan nyeri gigi bayi

Bayi kerap berasa tidak selesa apabila tumbuh gigi hingga menyebabkan mereka meragam. Berikut panduan yang ibu boleh ikuti agar bayi tidak meragam.
Ais krim buah yang membuat gusi yang sakit terasa sejuk, sekali gus memberikan nutrisi.
Pisang yang telah disejukkan. Potong kepada bahagian kecil.
Gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk.
Makan makanan sejuk seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.
Biskut teething sebagai alternatif yang cukup praktikal.
Botol berisi air sejuk. Rasa dingin mematikan rasa nyeri pada gusi.
Berikan teether yang telah disejukkan.

Sumber: 

No comments:

Post a Comment