Selain dapat memperbaiki penampilan,
rambut yang sihat menjadi dambaan setiap wanita tak terkecuali lelaki.
Berikut
adalah beberapa tip makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan rambut
anda:
1. Telur
Selain menjadi jenis makanan yang paling
popular, telur menjadi sahabat rambut anda. Ini kerana telur kaya dengan
protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut anda untuk kekal sihat
dan bermaya.
2. Gandum
Bukan sekadar makanan terbaik ketika
bersarapan, gandum juga menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang
sangat baik untuk kekuatan rambut.
3. Beras Merah
Beras merah membuat anda kenyang lebih
lama. Tetapi tahukah anda sebenarnya beras merah juga boleh menjadi sebagai
alternatif untuk membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.
4. Ikan Salmon
Ikan yang menjadi primadona ini juga
menjadi sajian makanan yang dapat membuat rambut semakin sihat. Kandungan omega
3 yang melimpah, ditambah lagi dengan kandungan protein dan vitamin B12
menjadikan kulit kepala kekal sihat.
5. Sayuran Hijau
Anda boleh mencuba mengambil jenis
sayuran hijau kerana terdapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan rambut.
6. Vitamin C
Bukan hanya dikenali sebagai sahabat
sejati kulit yang cantik, vitamin C juga berpengaruh besar terhadap kesihatan
rambut. Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren, nanas, strawberi, lemon,
paprika, kubis brussel dan jambu batu. Selain sebagai penyumbang vitamin C, ia
juga membantu menjaga folikel rambut, pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal
sihat.
Susu Pelihara Kesihatan Otak
Susu terkenal sebagai minuman yang
menyihatkan serta baik untuk pertumbuhan tulang dan badan. Satu penyelidikan
yang dilakukan di Universiti Maine, Amerika Syarikat, mendapati bahawa orang
dewasa yang minum susu setiap hari dapat memelihara kesihatan otak.
Penyelidikan ini dilakukan melalui ujian
terhadap 900 responden yang berumur di antara 28 hingga 98 tahun. Antara uji
kaji penyelidikan tersebut adalah seperti ujian visual dan ujian verbal.
Hasilnya mendapati bahawa mereka yang mengambil susu secara rutin, menunjukkan
peningkatan gerak kerja otak dan mental.
Selain meningkatkan gerak kerja otak,
hasil kajian itu juga menyebutkan tentang beberapa manfaat lain hasil daripada
amalan minum susu bagi orang dewasa iaitu :
• Orang yang amalkan minum susu secara
rutin keseluruhannya cenderung memiliki pola makan yang sihat.
• Nutrisi di dalam susu didapati juga
mencegah penurunan kadar mental seseorang.
• Melambatkan atau mencegah disfungsi
neuropsikologi.
• Menjaga kesihatan tulang kerana
memiliki kandungan vitamin D yang melimpah selain menguatkan tulang hasil
bantuan kalsium yang terdapat di dalamnya.
Jadi, untuk mendapatkan manfaat yang
melimpah dari minuman ini, pilihlah susu dengan kadar lemak yang rendah dan
amalkan sebanyak dua kali sehari.
Anda ada masalah rambut gugur? Cubalah Set Rambut Gugur Shaklee..
Pengedar Sah Shaklee Anda
Seluruh Malaysia,
Catherine | SID: 944001 | WhatsApp: 016-8425632
Catherine | SID: 944001 | WhatsApp: 016-8425632
No comments:
Post a Comment