❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Saturday 25 January 2014

Apa itu Cyst Ovari??

Cyst ovari adalah seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari  wanita. Kebanyakan cyst tidak merbahaya. Namun, Jika dibiarkan ianya dapat menimbulkan masalah, bermula dari rasa sakit ketika haid, cyst mula pecah, pendarahan, hingga penyakit serius, seperti terlilitnya batang ovari, gangguan kehamilan, kemandulan hingga menyebabkan terjadi kanser endometrium.



Perbezaan cyst dengan Mioma
- Cyst berbeza dengan mioma. 
- Cyst berbentuk cairan.
Mioma berbentuk ketulan keras (tumor)
- Cyst biasanya tumbuh dalam ovari wanita.
- Mioma pula pada dinding rahim wanita
- Pada keadaan ini, seorang wanita mampu mengalami samada cyst
dan juga Mioma dalam masa yang sama serentak.

Bagaimana Cyst Terbentuk
- Wanita normal biasanya memiliki dua ovari berukuran sebesar kacang walnut di sisi kiri & kanan rahim.
- Masing-masing ovari menghasilkan satu telur yang terbungkus dalam folikel (kantung). Ketika telur keluar, hormon estrogen akan memberi signal kepada rahim. 
- Pada gilirannya, lapisan rahim bertukar menebal dan mengeluarkan telur untuk digabungkan dengan sperma ( proses kehamilan). Bila telur tidak bercantum dengan sperma, maka seluruh isi rahim akan dikeluarkan dalam bentuk haid bulanan.
Jika folikel gagal untuk pecah dan melepaskan telur, cairannya tetap tinggal dan dapat membentuk kista kecil ( lebih kecil dari 4 cm).
- Ini normal terjadi dan biasanya terjadi pada salah satu ovari. Kondisi ini disebut sebagai cyst yang normal, biasanya akan hilang dengan sendirinya, dan tidak perlu dirawat.

Jenis-Jenis cyst Ovari
1. Cyst Corpus Luteum
- Paling umum terjadi kepada kebanyakan wanita.
- Biasanya tidak ada tanda.
- Berukuran 2-6 cm diameternya. 
- Terbentuk ketika telur keluar dari ovari ke rahim, maka folikel dapat terkunci dan terisi darah ataupun cairan.
- Apabila ukurannya membesar dan menyebabkan bahagian ovarium terlilit (twisted),ini dapat menimbulkan rasa sakit yang luar biasa, dan memerlukan rawatan segera.

2. Cyst hemorrhagic
- Timbul pendarahan dalam cyst. 
- Tandanya adalah terasa senak dan perit di bahagian perut.

3. Cyst dermoid
- Biasanya menyerang wanita berusia lebih muda.
- Dapat tumbuh besar (15 cm).
- Berisi cairan, lemak, jaringan tulang ataupun tulang rawan.
- Dapat meradang dan menyebabkan posisi tube fallopi terlilit (torted/twisted).

4. Cyst Endometrium
- Disebut juga endometriosis. 
- Terjadi ketika jaringan lapisan rahim (endometrial) hadir dalam ovarium wanita. 
- Biasanya berisi darah berwarna coklat.
- Ukurannya berkisar antara 2 cm hingga 20 cm. 
-Boleh menyerang wanita yang berusia sekitar 16-27 tahun.
- Timbulkan rasa sakit yang luar biasa ketika haid, dan mengganggu kesuburan (fertilitas).

5. Cyst denoma
- Terjadi bila tumor terbentuk dari jaringan ovari. 
- Biasanya berisi cairan dan berukuran sangat besar, bahkan sehingga 30cm atau lebih diameternya.

6. Polycystic-appearing ovary
- Suatu keadaan dimana Cyst kecil terbentuk disekeliling luar ovarium. 
- Terjadi pada wanita normal, mahupun pada wanita yang mengalami gangguan hormon endokrin.

7. Sindrom Polisistik Ovari (Polycystic Ovarian Syndrom - PCOS)
- PCOS adalah satu keadaan dimana terdapat banyak Cyst dalam ovari. 
- Ini terjadi kerana ovari mengeluarkan hormone androgen secara berlebihan, dan juga boleh berlaku disebabkan kerana factor genetic (keturunan).
- PCOS memiliki tanda seperti bulu lebat tumbuh, wajah berjerawat, ataupun gangguan kitaran haid. 
- Komplikasinya akan meningkat risiko penyakit jantung, kolestrol, Diabetes Mellitus tahap 2 mahupun tekanan darah tinggi sebagai akibat gangguan pada insulin. 
- Dapat meningkatkan risiko kanser endometrium bila jarak antara tempoh datangnya haid sekitar/lebih 60 hari.
- Seringkali dikaitkan dengan kemandulan, meningkatnya risiko keguguran & komplikasi kehamilan, dan pendarahan di luar kitaran haid.
- Biasa terjadi, iaitu sekitar 4-7% terhadap wanita yang dalam lingkungan 16-27 tahun.

Penyebab Cyst Ovari
Beberapa faktor risiko berkembangnya Cyst ovari terhadap individu wanita yang memiliki:
- Sejarah Cyst ovari terdahulu
- Kitaran haid tidak teratur
- Perut buncit
- Haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda)
- Susah untuk hamil 
- Pesakit hipotiroid
- Penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi (tamoxifen)

Gejala dan Diagnos Cyst Ovari
Cyst ovari biasanya tidak menunjukkan tanda dan tidak mudah untuk dikesan melalui USG ketika pemeriksaan rutin kandungan. 
Namun, beberapa individu dapat mengalami gejala ini :
  • Terasa senak di bahagian perut bawah atau sakit panggul yang timbul tenggelam dan tiba-tiba menusuk
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Perut bawah sering terasa penuh atau tertekan
  • Pedih/sakit yang luar biasa ketika haid, bahkan terasa hingga ke pinggang belakang
  • Pedih pinggul setelah latihan olahraga atau senggama
  • Mual dan muntah
  • Rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina
Biasanya kebanyakan wanita akan membuat pemeriksaan diri kepada doktor apabila rasa sakit sudah tidak tertahan, pengsan secara tiba-tiba, ataupun mengalami pendarahan yang luar biasa hingga anemia.
Doktor pakar bahagian kehamilan (Obsgyn), biasanya akan melakukan ujian bermula dari USG, CT Scan, test darah, seperti CA125 - ovari tumor marker test, ataupun ujian kehamilan untuk mengenal pasti kehamilan.

Kaedah merawat cyst ovari
- Hasil dari kajian menemukan bahawa penggunaan mencegah kehamilan (pil KB) dapat menurunkan risiko terkena cyst ovari, kerana mencegah ovari menghasilkan telur.
- Cyst yang besar bentuknya dan lama berada dalam badan biasanya memerlukan rawatan untuk membuangnya.
- Selain itu, wanita menopause yang memiliki cyst ovari juga disarankan membuat rawatan membuangnya bagi mengurangkan risiko terjadinya kanser ovari. Wanita berusia 50-70 tahun memiliki risiko cukup besar terkena kanser jenis ini.
- Bila kesan Cyst ini dibuang maka rawatan ini disebut ovarian cystectomy. Bila pembedahan membuang seluruh ovari termasuk tube fallopio, maka disebut salpingoo-ophorectomy.
- Cyst ovari yang menyebabkan posisi batang ovarium terlilit (twisted) dan menghentikan pengaliran darah ke ovarium, memerlukan tindakan segera bagi pembedahan (emergency surgery) untuk mengembalikan posisi ovari.


Pembedahan akan di pertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;
  • Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari
  • Ovarian cyst melebihi saiz 5cm
  • Ovarian maish kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
  • Pesakit telah menopause
  • Pesakit adalah gadis remaja.
Apa yang senaraikan di atas adalah antara kriteria yang memungkinkan anda perlu di bedah. Tetapi, jika anda mengalami salah satu kriteria itu, tidak bermakna anda harus di bedah. Kerana ia bergantung juga pada pertimbangan doktor yang merawat anda. Berbincanglah dengan doktor langkah terbaik yang boleh di ambil.

Jika anda salah seorang daripada wanita yang mengalami Ovarian Cyst, jangan panik dan jangan terus membuat keputusan untuk di bedah. Berbincang sehabisnya dengan doktor dan minta nasihat dari doktor pakar. Kepada anda yang ingin dapatkan rawatan alternatif dengan mengambil suppliment, bolehlah mencuba produk Shaklee.


Jangan panik, shaklee boleh membantu anda!!

********************************************

NEVER TRY, NEVER KNOW..

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Catherine | ID: 944001 | SMS/WhatsApp/WeChat : 016-8425632
PM : www.facebook.com/messages/NutrisiSihatCantik

OR

Add friend di FB saya: Kate-Ryn Siena Peter Ginting

2 comments:

  1. Replies
    1. Saya pun pernah ada bru tahun ni.. 8cm.. appointmnt utk operation dah ada.. Tapi xjadi sbb time masuk wad dah, doktor xjumpa cyst tu..

      Delete