❀◕ ‿ ◕❀ Selamat Datang Ke Nutrisi Sihat & Cantik ❤ Saya Catherine ❤ Shaklee Independent Distributor ID:944001 ❤ Jika anda inginkan konsultansi berkenaan masalah kesihatan anda, sila hubungi saya ❤ Nak tanya apa2 pun boleh. Saya akan membantu anda sebaiknya ❀◕ ‿ ◕❀

Tuesday 28 January 2014

11 April 2014???

Ada apa dengan 11 April 2014??

Nak tau jom baca cerita saya sampai habis.. Tapi sebelum tu kalau ada sapa2 yang nak tau kisah saya sebelum ni, boleh baca post saya ni.. (Click here and here)


Mmm.. dah tau kan?? 

Ok.. jom mulakan cerita kita.. Hehehe..

Ni hari 28 January 2014 saya ada appointment dengan doktor pakar sakit puan.. Appointment tu utk cek sama ada saya ada cyst or not.. Dua minggu sebelum ni saya dan En. Hubby sangat2 mengharapkan keajaiban.. Sampai En. Hubby bawa saya utk berurut dengan bidan kampung.. Seminggu sebelum appointment hari ni, saya ada berurut dan bidan tu cakap saya xda cyst, perut ok ja.. Cuma rahim tersisip di sebelah kiri, tu yang sakit pinggang tu.. En. Hubby sangat happy time tu.. Saya tak lah happy sangat.. Nak tau napa? Sebab da 3 doktor cek saya semua pun cakap saya ada cyst.. Tapi lepas berurut tu memang dah tak stress sangat la.. Tak tau kenapa.. 


Sampai lah hari ini tiba masa utk di cek oleh doktor pakar.. Keputusannya cyst tu masih ada kat dalam.. Huhuhu.. Tapi happy sikit lah sebab doktor cakap cyst tu cuma cecair bukan dermoid cyst seperti yang doktor cakap sebelum ni..

Setelah selesai semuanya, doktor panggil saya dan En. Hubby utk mengetahui keputusannya..


Doktor: Ok, macam ni.. Cyst ni dah besar kira2 8cm x 6cm x 6cm.. Tapi ia bukan lah kanser sebab ni bukan solid. Cuma cecair..

En. Hubby: So mesti kena operate kah doktor?

Doktor: Terpulang sama kamu.. Sama ada nak tunggu dan lihat atau nak operate..

En. Hubby: Kalau operate kena tunggu berapa lama doktor?

Doktor: Kejap saya cek schedule saya..

Ok.. En. Hubby memainkan banyak peranan di sini.. Saya hanya diam.. Doktor datang balik dengan buku tebal dia..

Doktor: Bulan April baru ada kosong..

En. Hubby: Ooo.. Ada 2 bulan lagi lah kan? 

(Doktor tu mengangguk)

En. Hubby: Kalau cyst tu membesar, macam mana lah doktor??

Doktor: Soalan yang bagus.. (Sempat lagi doktor tu puji En. Hubby. Saya senyum2 ja.. Hehehe..) Ok, macam ni. Sekiranya ia membesar, ovary dan sel2 lain akan scratched dan apabila itu terjadi, ovary terpaksa dibuang..

En. Hubby: Jadi bagus operate lah kan.. Ada kemungkinan kah cyst tu mengecut atau pecah doktor?

Doktor: Kemungkinan utk kecut tu susah nak cakap sebab ia dah besar.. Kalau ia pecah, bagus la sebab ia akan keluar sendiri.. Jangan ja ia terlilit.. Tapi tak payah risau lah sebab ia tak bahaya..

En. Hubby hanya mengangguk.. Selesai semua akhirnya date utk operate ditetapkan 11 April 2014..
Tapi sebelum tu doktor suruh cek kencing mana tau ada kehamilan luar rahim. Masa tu En. Hubby sempat bertanya dengan doktor sama ada boleh mengandung kah dalam masa sebelum operation ni.. 
Jawapannya?? Boleh, dan sekiranya mengandung kena tunggu kandungan sampai 3 bulan baru boleh operate cyst tu.. En. Hubby senyum ja.. Hehehe.. 

Sekarang kena tunggu sampai 44 hari berpantang.. Tinggal beberapa hari ja lagi.. Hehe.. Tak mau stress pasal operation.. Sakit kah tidak tunggu dan lihat ja.. Hehe..


Kawan2 yang singgah di blog saya, boleh tinggalkan komen / petua utk kecutkan cyst. Walaupun doktor dah cakap mustahil boleh kecut, tapi tak ada salahnya kita mencuba kan.. Hehe.. Share2 pasal cyst pun boleh.. Sangat2 dialu-alukan ya kawan2 sekalian.. Doakan saya ya kawan2.. Thanks..


- Catherine -

No comments:

Post a Comment